Thursday, July 21, 2011

Karya : Sinarilah aku

Aku manusia sering digoda,
aku manusia penuh noda.
Hanya memuja pangkat,
memuja harta.

Ya Rabb,
Bimbinglah aku, pimpinlah daku,
agar dapat terus ke jalanmu,
jalan yang lurus, terus menuju.
Menuju syurgamu.

Sinarkan aku dengan cahaya agamaMu,
agama yang suci, agama yang sempurna.
Islam.

Kerana aku telah jauh, jauh menyimpang.

Break : Ada apa dengan cinta

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta 
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu 
Seperti bulan lelap tidur di hatimu 
yang berdinding kelam dan kedinginan 
Ada apa dengannya 
Meninggalkan hati untuk dicaci 
Lalu sekali ini aku melihat karya surga 
dari mata seorang hawa 

Ada apa dengan cinta 

Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama 
untuk mempertanyakan kembali cintanya.. 

Bukan untuknya, bukan untuk siapa 
Tapi untukku 
Karena aku ingin kamu 
Itu saja  



* Ada Apa Dengan Cinta? *

Di pintu syurga (bahagian 5)


Tersedar, Dian segera membukakan matanya. Dia berada di suatu tempat yang asing baginya. Sebentar tadi di dalam zoo, sekarang dia berada di sebuah bilik berwarna oren dengan corak berbentuk pelbagai jenis haiwan. Haiwan-haiwan itu kelihatan seperti dilukis oleh seorang yang sangat mahir dalam seni lukis. Barangkali sewaktu di zaman persekolahan dia pernah mendapat A+ dalam Pendidikan Seni dan juga Geografi, mungkin juga dia gagal dalam Bahasa Melayu kerana "SINGA" di tulis "SINGER". Dian kemudian memandang ke arah Azman yang berada di sebelahnya. " Lama saya pengsan? " Dian bertanya. Azman yang kelihatan begitu selekeh berkata " 2 hari ". Dian terkejut lalu matanya terbeliak luas memandang ke arah Azman yang sudah kelihatan seperti Loque dari kumpulan Monoloque dengan jambangnya dan rambut yang kurang kemas dan berbau kentut orang yang sudah tiga hari tidak membuang air besar. Azman sebenarnya tidak kemana-mana selama dua hari, dia hanya menemani Dian di dalam bilik tersebut. Dia lansung tidak ke mana-mana, kecuali dia keluar membeli Oblong di hadapan zoo tersebut. Oblong merupakan makanan seperti burger tetapi panjang. Penulis sendiri hairan kenapa Oblong tidak dipanggil "burger panjang" atau "Burjang". Berbalik kepada Azman dan Dian, Dian terasa suatu perasaan yang amat mendalam, dia merasakan Azmanlah lelaki yang selama ini diceritakan oleh ibunya, " Cinta hati kamu, adalah orang yang sanggup berbuat apa sahaja demi kamu dan sering melakukan yang terbaik untuk kamu.". Walaupun Dian tahu itu hanyalah, ayat sinetron murahan Indonesia yang sering ibunya tonton, tetapi ada juga kebenarannya.

Dian tersentuh, lalu mengalirkan air mata, air mata gembira. Azman yang sedang mengantuk memahami walaupun dia sangat sangap untuk balik dan tidur di atas katil, tetapi demi cinta hatinya dia tetap, berpura-pura bersedih bersama-sama Dian. Mereka ingin berpelukan, namun tersedar bahawa itu perkara yang haram dilakukan sebelum kahwin. Lalu, niat mereka terbatal disitu. 

Thursday, June 9, 2011

Di pintu syurga (bahagian 4)



Dian dan Azman sangat serasi apabila bersama. Kimia mereka ibarat gusi dan gigi, saling melengkapi antara satu sama lain. Azman sekarang yang tidak lagi menyanyi di kelab malam kini bekerja sebagai DJ di sebuah pasar raya terkemuka. Walaupun dia sering dimarahi bosnya kerana sering menyanyi semasa bertugas, dia tetap berdedikasi untuk memberikan para pengunjung pasar raya tersebut hiburan maksimas. Di ketika lain pula, Dian yang dahulunya obses terhadap cecupak telah bertukar angin kepada obses dengan binatang. Ini semua berlaku disebabkan oleh rancangan "The Great Migration" yang ditayangkan di saluran Geografi Nasional.

Mereka berjumpa boleh dikatakan setiap hari, dan mereka selalunya keluar ke Zoo kerana Dian sekarang memang suka pada binatang kalau boleh dia memang hendak membela seekor flamingo dan bermain dengannya setiap hari, itulah impian Dian. Pernah sesekali terdetik dihati Azman " betulkah keputusan aku ini untuk memilih Dian?". Soalan ini terdetik dihati Azman tatkala melihat karenah Dian yang terlalu obses dengan sesuatu perkara kemudiannya bertukar kepada minat yang lain dalam masa yang singkat. Azman takut dia akan digantikan dengan seseorang yang wajahnya lebih tampan darinya, maklumlah muka Azman memang kalah kalau di bandingkan dengan Matt Damon, Brad Pitt dan selebriti A-list Hollywood yang lain. Tetapi dia yakin dengan kata-kata ibunya yang wajahnya seiras dengan Kuswadinata yang masih muda. "Man, mak tengok muka hang ni dah macam Kuswadinata dah, patut la Kak Ta sebelah rumah tu asyik usha hang ja. Dia tu peminat Kuswadinata. Die hard fans la.." kata ibunya yang berasal dari Tonkang Yard. Azman kembali yakin bahawa Dian tidak akan meninggalkannya.

Tiba-tiba, terdengar satu jeritan yang kuat, "ACCCCCHHHH!" Dian bagai disampuk hantu raya cina. Dia terus melompat melepasi besi di kandang beruang Koala yang begitu tidak logik sekali boleh berada di Malaysia. Dian meluru ke arah beruang itu dan menerkamnya. Digigit telinga beruang itu, digomel-gomel pipinya, dipicit picit hidungnya kerana Dian tidak dapat menahan kecomelan beruang tersebut. Azman ternganga melihat kejadian tersebut dan terkejut apabila pihak zoo mengeluarkan pistol yang mengandungi peluru ubat pelali. Pistol tersebut di acukan di punggung Dian dan pegawai zoo tersebut menarik picu dan "GEDEBUAK!" pegawai itu pengsan ditumbuk Azman. Bila difikirkan memang gila lah kalau Azman melakukan sedemikian, tetapi malangnya tumbukan yang dilayangkan itu hanyalah imaginasi Azman. Pegawai itu melepaskan tembakan dan tepat mengenai Dian. Pengsan Dian dibuatnya.

Thursday, October 21, 2010

Di pintu syurga (bahagian 3)

Kelab malam yang semakin meliar menjelang pukul 12 tengah malam itu membuatkan Azman bertekad untuk meninggalkan dunia nyanyiannya itu. Bosan dengan kelab yang dikunjungi oleh Pak cik-pak cik yang ingin melepaskan rindu mereka kepada dunia tarian mereka satu ketika dahulu. Tetapi sebelum dia ingin berhenti, dia mahu berjumpa Dian buat kali terakhir dan menyatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Dian sebagai kekasihnya. Mungkin esok  Dian akan datang ke kelab ini.

Dian sebenarnya mempunyai perasaan yang amat mendalam terhadap Azman tetapi bukan kepada rupanya sebaliknya kepada suaranya itu. Dian seorang yang pelik, dressingnya saja kita sudah tahu yang dia memang seorang yang pelik. Nasib baiklah dia mempunyai wajah yang cantik lagi menarik. Kalau wajahnya itu seperti Susan Boyle yang kehilangan separuh dari rambutnya tentu merana hidup pasangan hidupnya. Ditakdirkan mereka memulakan perhubungan mereka pada malam yang hujan turun dengan lebat dalam keadaan paling romantis yang buleh difikirkan minda kecil mereka berdua. Azman seperti biasa menjalani tugasnya menyanyi dan inilah kali terakhir Azman bertugas di Kelab "Kelab-Bing" itu. Dian seperti biasa dengan rutinnya menghayati setiap bit didalam nyanyian merdu Azman. Malam itu, Azman menyanyikan lagu "cintaku sampai ke Ethopia" dengan hasrat Dian dapat memahami mesej yang tersirat didalam lagu itu. Memang...memang sampai ke sudah lah Dian tidak menintrepitasikan mesej yang disiratkan didalam lagu itu. Dian kelihatan seperti biasa sahaja. Azman yang menyangka Dian sengaja berbuat bodoh itu pun bengang dan terus memaki Dian di khalayak Pak cik-pak cik,Gro dan bouncer-bouncer kelab itu. Dian yang tidak tahu sepatah haram pun yang berlaku terus terkejut dengan muka yang paling terkejut boleh dilakukan mukanya. "Apa ni??apa??  I buat apa dekat you sampai you maki I ni." ujar Dian yang masih bingung. Azman hanya terkelu, dengan gaya paling lembut Azman terus melompat turun dari pentas dan terus berlari keluar daripada kelab itu. Dian yang masih blur dengan kejadian itu terus mengekori Azman. Sedang Azman lari keluar dari kelab itu Azman dilanggar oleh seorang lelaki tua yang membawa Inspira yang ketika itu sedang memecut laju. Lajunya kereta berkenaan mencecah 60 km/jam, bagi lelaki tua itu kelajuan ini sudah sama seperti kelajuan Ken Block. Azman dilanggar dan dia terpusing,  Dian dengan segera menangkap Azman.  Orang ramai yang melihat menepuk tangan mereka sambil berkata “Ale! Ale! Allee!” tanda mereka terpegun. Azman yang ketika itu buat-buat pengsan, tersedar dan terus berkata “Dian, sesungguhnya aku mencintaimu...sampai ke ethopia pun aku ikut kamu” Azman sebenarnya ingin menyanyi lagu tersebut sekali lagi, tetapi liriknya sudah Azman lupai. Inilah yang memulanya hubungan mereka.

Tuesday, October 19, 2010

Di pintu syurga (bahagian 2)

Gelisah Azman dibuatnya, semalaman menunggu panggilan dari Dian, akhirnya tertidur hingga ke esok harinya. "tak pa lah, dia kan selalu datang ke kelab..ada chan lagi nak tackle". Petang tersebut seperti biasa Azman dengan rutin hariannya, pukul 4 bersenam ringan dahulu sebelum berkerja, pukul 5 makan di warung Haji Idris yang bersebelahan rumahnya, pukul 6 bertolak ke tempat kerja menaiki superbike warisan dari arwah ayahnya iaitu TZM. TZM memang merupakan superbike yang terulung pada tahun 1980-an. Dalam perjalanannya ke kelab, terbayang wajah dian yang seakan-akan Nikita Willy pelakon sinetron di Indonesia. Bayang punya bayang, Azman tidak sedar yang dia telah pun melanggar lampu isyarat merah. Nasib Azman begitu baik, kalau tidak dia mesti di masukkan ke lokap kerana telah melanggar seorang Auntie berbangsa cina yang iras dengan penyanyi era 60 an dah dilupai masyarakat kini. Tetapi di sebabkan keikhlasan pegawai polis yang berada di tempat kejadian, dia telah melepaskan Azman dengan syarat dia sanggup menghantar segal klip-klip video hangat yang terdapat dalam telefon beliau ke telefon pegawai tersebut. Azman yang menampakkan peluang keemasan itu terus menghantar melalui "bluetooth" semua video hangat yang berada didalam hensetnya.

Azman bukanlah seorang yang gatal ya. Klip-klip yang dihantarnya merupakan klip video muzik dari artis-artis top Malaysia. Pegawai tersebut telah ditipunya dengan senang sahaja. Itulah pepatah pernah berkata "kalau dah sangap, memang senang tertipu", pepatah Azman sendiri yang direkanya beberapa minit selepas menipu pegawai tersebut. Azman akhirnya tiba juga ditempat kerjanya. Lagu yang hendak dinyanyikannya hari ini semua nya jiwang-jiwang belaka. Maklumlah ditujukan kepada bakal kekasihnya (insya-allah). Selepas pukul 8 malam, pengunjung mulai ramai. Tetapi yang ramainya hanyalah lelaki yang berpakaian ketat. Azman bingung,sedih,terkesima melihat ketiadaan Dian di kelab itu. Fikirannya mula meliar "mungkin dia keluar dekat BFnya""mungkin eksiden""tengok cecupak barangkali". Azman semakin gelisah melihat ramai lelaki yang sedang menari bergesel-gesel sesama kaum. "Arrrrggghhh kenapa ni??!" Azman menjerit sekuat hati. "Baaaaangg,malam ni kan Gays night,apalah you nih" jawab seorang lelaki berbaju putih ketat menampakkkan putingnya.
Azman sememangnya terlupa yang hari ni malam untuk golongan istimewa ini bersuka ria. Patutlah Dian tak datang.

Di pintu syurga (bahagian 1)

Azman seorang penyanyi kelab malam sedang menyanyi lagu wassini yang pernah dipopularkan oleh waheeda satu ketika dahulu. "ke mana sahaja....." nyanyian Azman yang merdu itu menghiburkan setiap pengunjung kelab malam tersebut. Salah seorang daripada pengunjung kelab malam tersebut, Dian telah terpesona dengan nyanyian Azman yang lemak merdu itu. Azman sebenarnya sedikit pun tidak mahu menjadi penyanyi di kelab malam yang sering berlaku rusuhan polis akibat terdapatnya "gay night" di kelab itu. Tetapi apakan daya Azman, jika ditolak alamatnya adik,ibu,pak long akan terus berlapar.

Dian sangat suka akan suara Azman yang merdu. Jika dibayangkan suara Azman yang seperti Jamal Abdillah bercampur Saleem tentu Dian akan tersengih seorang diri bagaikan cina yang terkena loteri. Akibat terlalu fanatik dengan suara Azman yang merdu itu, setiap malam Dian pasti mengunjungi kelab tersebut. Kadang-kadang Dian terlepas juga untuk ke kelab tersebut, itu pun kerana terdapat rancangan Cecupak di TV. Selain meminati nyanyian merdu Azman, Dian juga fanatik terhadap Pian cecupak. Dian amat meminati mulut Pian yang disuntik Botox itu, tetapi minatnya mula berkurang bila Pian dikatakan sudah tidak mahu menyuntik Botulinum Toxin Type A (Botox).

Cinta tidak mengenal sempadan usia,rupa dan kewarasan. Azman seorang "penyanyi terpaksa" boleh jatuh cinta pada Dian yang sangat fanatik apabila meminati sesuatu. Semuanya berlaku di malam ahad, 3 Oktober 2008 di kelab tempat Azman berkerja iaitu "Kelab-Bing". Pada malam kejadian cinta mereka itu, Azman yang sedang asyik menyanyikan lagu "Dikir Puteri" yang pernah dipopularkan oleh Noraniza Idris itu terpandang wajah Dian yang pada malam itu sungguh elegan. Dian memang melaram sakan pada malam tersebut entah kenapa tiba-tiba dia terasa ingin mengenakan baju t-shirt birunya itu dengan kain baju kurung tahun lepasnya. Azman memang pelik orangnya, dressing yang seperti orang kampung Ulu Bertam Hilir itu dikatakan elegan. Habis sahaja lagu tersebut,apa lagi Azman dengan sepantas kilat menerkam ke arah meja dimana Dian dan rakannya Maria yang agak Hot jika dibandingkan dengan Rosnah Mat Aris.

Azman  : eherrmm..Hai!
Dian      : Hallluu ! (dengan nada Ah choi, seorang yang berbangsa cina)
Azman : Selalu ka datang ke sini?
Dian      :eemmm..selalu..datang tengok you la..
Azman : uuummm...Thanks(dalam hatinya terasa ingin shuffle sambil melakukan balik kuang)
Dian      : Okelah, I kena balik ni..Cecupak dah nak start. Karang terlepas pula..nak taw ending                                            dia ni.
Azman : Orait..ehh! cecupak ! alamak ! kerja sampai lewat malam pulak hari ni..nanti you                               tengok..youu tolong call i cerita ending dia..I memang minat habes dengan cecupak !
Dian      : boleh...boleh..eh..brapa nombor you??

Begitulah cara Azman ingin mendapatkan nombor telefon wanita. Setiap wanita yang diminatinya beginilah taktiknya. Memberikan nombor telefonnya untuk ditelefon oleh wanita yang dingoratnya, kemudian menyimpan nombornya. Bimbo dan Bohsia memang senang termakan dengan taktik Azman ni, tetapi bukan bagi wanita yang perangainya gila-gila ini. Pada malam itu, Azman menunggu panggilan telefon dari Dian. Sampai ke subuh la dia menunggu. Hanya panggilan telefon dari Ah chin yang tersilap nombor sahaja yang singgah di telefonnya. Panggilan dari Dian tidak singgah langsung ke telefonnya.