Thursday, July 21, 2011

Di pintu syurga (bahagian 5)


Tersedar, Dian segera membukakan matanya. Dia berada di suatu tempat yang asing baginya. Sebentar tadi di dalam zoo, sekarang dia berada di sebuah bilik berwarna oren dengan corak berbentuk pelbagai jenis haiwan. Haiwan-haiwan itu kelihatan seperti dilukis oleh seorang yang sangat mahir dalam seni lukis. Barangkali sewaktu di zaman persekolahan dia pernah mendapat A+ dalam Pendidikan Seni dan juga Geografi, mungkin juga dia gagal dalam Bahasa Melayu kerana "SINGA" di tulis "SINGER". Dian kemudian memandang ke arah Azman yang berada di sebelahnya. " Lama saya pengsan? " Dian bertanya. Azman yang kelihatan begitu selekeh berkata " 2 hari ". Dian terkejut lalu matanya terbeliak luas memandang ke arah Azman yang sudah kelihatan seperti Loque dari kumpulan Monoloque dengan jambangnya dan rambut yang kurang kemas dan berbau kentut orang yang sudah tiga hari tidak membuang air besar. Azman sebenarnya tidak kemana-mana selama dua hari, dia hanya menemani Dian di dalam bilik tersebut. Dia lansung tidak ke mana-mana, kecuali dia keluar membeli Oblong di hadapan zoo tersebut. Oblong merupakan makanan seperti burger tetapi panjang. Penulis sendiri hairan kenapa Oblong tidak dipanggil "burger panjang" atau "Burjang". Berbalik kepada Azman dan Dian, Dian terasa suatu perasaan yang amat mendalam, dia merasakan Azmanlah lelaki yang selama ini diceritakan oleh ibunya, " Cinta hati kamu, adalah orang yang sanggup berbuat apa sahaja demi kamu dan sering melakukan yang terbaik untuk kamu.". Walaupun Dian tahu itu hanyalah, ayat sinetron murahan Indonesia yang sering ibunya tonton, tetapi ada juga kebenarannya.

Dian tersentuh, lalu mengalirkan air mata, air mata gembira. Azman yang sedang mengantuk memahami walaupun dia sangat sangap untuk balik dan tidur di atas katil, tetapi demi cinta hatinya dia tetap, berpura-pura bersedih bersama-sama Dian. Mereka ingin berpelukan, namun tersedar bahawa itu perkara yang haram dilakukan sebelum kahwin. Lalu, niat mereka terbatal disitu. 

No comments:

Post a Comment