Thursday, June 9, 2011

Di pintu syurga (bahagian 4)



Dian dan Azman sangat serasi apabila bersama. Kimia mereka ibarat gusi dan gigi, saling melengkapi antara satu sama lain. Azman sekarang yang tidak lagi menyanyi di kelab malam kini bekerja sebagai DJ di sebuah pasar raya terkemuka. Walaupun dia sering dimarahi bosnya kerana sering menyanyi semasa bertugas, dia tetap berdedikasi untuk memberikan para pengunjung pasar raya tersebut hiburan maksimas. Di ketika lain pula, Dian yang dahulunya obses terhadap cecupak telah bertukar angin kepada obses dengan binatang. Ini semua berlaku disebabkan oleh rancangan "The Great Migration" yang ditayangkan di saluran Geografi Nasional.

Mereka berjumpa boleh dikatakan setiap hari, dan mereka selalunya keluar ke Zoo kerana Dian sekarang memang suka pada binatang kalau boleh dia memang hendak membela seekor flamingo dan bermain dengannya setiap hari, itulah impian Dian. Pernah sesekali terdetik dihati Azman " betulkah keputusan aku ini untuk memilih Dian?". Soalan ini terdetik dihati Azman tatkala melihat karenah Dian yang terlalu obses dengan sesuatu perkara kemudiannya bertukar kepada minat yang lain dalam masa yang singkat. Azman takut dia akan digantikan dengan seseorang yang wajahnya lebih tampan darinya, maklumlah muka Azman memang kalah kalau di bandingkan dengan Matt Damon, Brad Pitt dan selebriti A-list Hollywood yang lain. Tetapi dia yakin dengan kata-kata ibunya yang wajahnya seiras dengan Kuswadinata yang masih muda. "Man, mak tengok muka hang ni dah macam Kuswadinata dah, patut la Kak Ta sebelah rumah tu asyik usha hang ja. Dia tu peminat Kuswadinata. Die hard fans la.." kata ibunya yang berasal dari Tonkang Yard. Azman kembali yakin bahawa Dian tidak akan meninggalkannya.

Tiba-tiba, terdengar satu jeritan yang kuat, "ACCCCCHHHH!" Dian bagai disampuk hantu raya cina. Dia terus melompat melepasi besi di kandang beruang Koala yang begitu tidak logik sekali boleh berada di Malaysia. Dian meluru ke arah beruang itu dan menerkamnya. Digigit telinga beruang itu, digomel-gomel pipinya, dipicit picit hidungnya kerana Dian tidak dapat menahan kecomelan beruang tersebut. Azman ternganga melihat kejadian tersebut dan terkejut apabila pihak zoo mengeluarkan pistol yang mengandungi peluru ubat pelali. Pistol tersebut di acukan di punggung Dian dan pegawai zoo tersebut menarik picu dan "GEDEBUAK!" pegawai itu pengsan ditumbuk Azman. Bila difikirkan memang gila lah kalau Azman melakukan sedemikian, tetapi malangnya tumbukan yang dilayangkan itu hanyalah imaginasi Azman. Pegawai itu melepaskan tembakan dan tepat mengenai Dian. Pengsan Dian dibuatnya.

No comments:

Post a Comment