Kelab malam yang semakin meliar menjelang pukul 12 tengah malam itu membuatkan Azman bertekad untuk meninggalkan dunia nyanyiannya itu. Bosan dengan kelab yang dikunjungi oleh Pak cik-pak cik yang ingin melepaskan rindu mereka kepada dunia tarian mereka satu ketika dahulu. Tetapi sebelum dia ingin berhenti, dia mahu berjumpa Dian buat kali terakhir dan menyatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Dian sebagai kekasihnya. Mungkin esok Dian akan datang ke kelab ini.
Dian sebenarnya mempunyai perasaan yang amat mendalam terhadap Azman tetapi bukan kepada rupanya sebaliknya kepada suaranya itu. Dian seorang yang pelik, dressingnya saja kita sudah tahu yang dia memang seorang yang pelik. Nasib baiklah dia mempunyai wajah yang cantik lagi menarik. Kalau wajahnya itu seperti Susan Boyle yang kehilangan separuh dari rambutnya tentu merana hidup pasangan hidupnya. Ditakdirkan mereka memulakan perhubungan mereka pada malam yang hujan turun dengan lebat dalam keadaan paling romantis yang buleh difikirkan minda kecil mereka berdua. Azman seperti biasa menjalani tugasnya menyanyi dan inilah kali terakhir Azman bertugas di Kelab "Kelab-Bing" itu. Dian seperti biasa dengan rutinnya menghayati setiap bit didalam nyanyian merdu Azman. Malam itu, Azman menyanyikan lagu "cintaku sampai ke Ethopia" dengan hasrat Dian dapat memahami mesej yang tersirat didalam lagu itu. Memang...memang sampai ke sudah lah Dian tidak menintrepitasikan mesej yang disiratkan didalam lagu itu. Dian kelihatan seperti biasa sahaja. Azman yang menyangka Dian sengaja berbuat bodoh itu pun bengang dan terus memaki Dian di khalayak Pak cik-pak cik,Gro dan bouncer-bouncer kelab itu. Dian yang tidak tahu sepatah haram pun yang berlaku terus terkejut dengan muka yang paling terkejut boleh dilakukan mukanya. "Apa ni??apa?? I buat apa dekat you sampai you maki I ni." ujar Dian yang masih bingung. Azman hanya terkelu, dengan gaya paling lembut Azman terus melompat turun dari pentas dan terus berlari keluar daripada kelab itu. Dian yang masih blur dengan kejadian itu terus mengekori Azman. Sedang Azman lari keluar dari kelab itu Azman dilanggar oleh seorang lelaki tua yang membawa Inspira yang ketika itu sedang memecut laju. Lajunya kereta berkenaan mencecah 60 km/jam, bagi lelaki tua itu kelajuan ini sudah sama seperti kelajuan Ken Block. Azman dilanggar dan dia terpusing, Dian dengan segera menangkap Azman. Orang ramai yang melihat menepuk tangan mereka sambil berkata “Ale! Ale! Allee!” tanda mereka terpegun. Azman yang ketika itu buat-buat pengsan, tersedar dan terus berkata “Dian, sesungguhnya aku mencintaimu...sampai ke ethopia pun aku ikut kamu” Azman sebenarnya ingin menyanyi lagu tersebut sekali lagi, tetapi liriknya sudah Azman lupai. Inilah yang memulanya hubungan mereka.
No comments:
Post a Comment