Tuesday, October 19, 2010

Di pintu syurga (bahagian 1)

Azman seorang penyanyi kelab malam sedang menyanyi lagu wassini yang pernah dipopularkan oleh waheeda satu ketika dahulu. "ke mana sahaja....." nyanyian Azman yang merdu itu menghiburkan setiap pengunjung kelab malam tersebut. Salah seorang daripada pengunjung kelab malam tersebut, Dian telah terpesona dengan nyanyian Azman yang lemak merdu itu. Azman sebenarnya sedikit pun tidak mahu menjadi penyanyi di kelab malam yang sering berlaku rusuhan polis akibat terdapatnya "gay night" di kelab itu. Tetapi apakan daya Azman, jika ditolak alamatnya adik,ibu,pak long akan terus berlapar.

Dian sangat suka akan suara Azman yang merdu. Jika dibayangkan suara Azman yang seperti Jamal Abdillah bercampur Saleem tentu Dian akan tersengih seorang diri bagaikan cina yang terkena loteri. Akibat terlalu fanatik dengan suara Azman yang merdu itu, setiap malam Dian pasti mengunjungi kelab tersebut. Kadang-kadang Dian terlepas juga untuk ke kelab tersebut, itu pun kerana terdapat rancangan Cecupak di TV. Selain meminati nyanyian merdu Azman, Dian juga fanatik terhadap Pian cecupak. Dian amat meminati mulut Pian yang disuntik Botox itu, tetapi minatnya mula berkurang bila Pian dikatakan sudah tidak mahu menyuntik Botulinum Toxin Type A (Botox).

Cinta tidak mengenal sempadan usia,rupa dan kewarasan. Azman seorang "penyanyi terpaksa" boleh jatuh cinta pada Dian yang sangat fanatik apabila meminati sesuatu. Semuanya berlaku di malam ahad, 3 Oktober 2008 di kelab tempat Azman berkerja iaitu "Kelab-Bing". Pada malam kejadian cinta mereka itu, Azman yang sedang asyik menyanyikan lagu "Dikir Puteri" yang pernah dipopularkan oleh Noraniza Idris itu terpandang wajah Dian yang pada malam itu sungguh elegan. Dian memang melaram sakan pada malam tersebut entah kenapa tiba-tiba dia terasa ingin mengenakan baju t-shirt birunya itu dengan kain baju kurung tahun lepasnya. Azman memang pelik orangnya, dressing yang seperti orang kampung Ulu Bertam Hilir itu dikatakan elegan. Habis sahaja lagu tersebut,apa lagi Azman dengan sepantas kilat menerkam ke arah meja dimana Dian dan rakannya Maria yang agak Hot jika dibandingkan dengan Rosnah Mat Aris.

Azman  : eherrmm..Hai!
Dian      : Hallluu ! (dengan nada Ah choi, seorang yang berbangsa cina)
Azman : Selalu ka datang ke sini?
Dian      :eemmm..selalu..datang tengok you la..
Azman : uuummm...Thanks(dalam hatinya terasa ingin shuffle sambil melakukan balik kuang)
Dian      : Okelah, I kena balik ni..Cecupak dah nak start. Karang terlepas pula..nak taw ending                                            dia ni.
Azman : Orait..ehh! cecupak ! alamak ! kerja sampai lewat malam pulak hari ni..nanti you                               tengok..youu tolong call i cerita ending dia..I memang minat habes dengan cecupak !
Dian      : boleh...boleh..eh..brapa nombor you??

Begitulah cara Azman ingin mendapatkan nombor telefon wanita. Setiap wanita yang diminatinya beginilah taktiknya. Memberikan nombor telefonnya untuk ditelefon oleh wanita yang dingoratnya, kemudian menyimpan nombornya. Bimbo dan Bohsia memang senang termakan dengan taktik Azman ni, tetapi bukan bagi wanita yang perangainya gila-gila ini. Pada malam itu, Azman menunggu panggilan telefon dari Dian. Sampai ke subuh la dia menunggu. Hanya panggilan telefon dari Ah chin yang tersilap nombor sahaja yang singgah di telefonnya. Panggilan dari Dian tidak singgah langsung ke telefonnya.

No comments:

Post a Comment